Berumahtangga

Daisypath Anniversary tickers

TQ!

Our Heroin

Lilypie First Birthday tickers

nuffnang

29.11.12

Macam-macam cerita

Assalam semua
Kembali bersiaran
Puhhhh rindu banget nk mencoret pasal anak sendiri =)
Juz to sharing the moments =)
Actualy dalam pale hotak byk sgt nak dcoretkan
Tapi tak dan busy.busy.busy
Busy ngn kerja hakiki sbg ibu, isteri n pekerja

Ok.1st of all nak cerita about Rezeki besar!
Lahir nye Imaan Adelia adalah rezeki yang paling besar buat me n hubby
Setelah lahirnya zuriat idaman kami ni, rezeki kerja menyusul
Alhamdulillah,berkat kesabaran sy sudah mendapat jawatan tetap
Sangat2 hepy tak terkata. Terima berita masa kat hospital lagi masa deliver si comel sy tu =)
Syukur tak terkata :)

2nd - about my breastfeeding journey
Alhamdulillah still fully breastfeed adelia
So far tak amik lagi supplement
Juz ikut advice from senior2 kat KIM
Thank you so much!
Stok ? Alhamdulillah setakat nak cover stok utk Adelia for a weeks
Sy tahu kna bykkn lagi stok .Sekarang tgh berusaha merajinkn diri mengepam
Seriously, i need Freestyle!

3rd - Imaan Adelia skrg suke buat muka comel
Muka mintak cium banyak kali !!
Arghhh geram rasa nak balik skrg jugak!
Masuk 2bulan je tiap2 pagi bangun and senyum tunjukkan lesung pipit dia tu!!
Saja jek tak nak bagi ibu dia g keje kan !
Dari lahir hingga sekarang, Imaan Adelia tak banyak ragam
And ibu dia ni tak pernah langsung berjaga malam
Malam dia akan bangun sekali je utk mintak susu
Itupun rengek2 manja n bila sumbat terus diam =)
Tapi kadang-kadang tak bangun pun. Pampers kuyup cmner pun stil tido =)
Alhamdulillah....
Waktu tido dari lahir sampai skrg ikut waktu ibu dia =)
Last timbang berat dia at 2months check up = 4.4kg
Everything is normal

Oklah. setakat ni je.
Kerja berlambak tgh tunggu tu =)
Till Then
Jom layan gambo Budak mintak cium nhh!!


Time akikah and potong jambul @40days old
sebelum di mutak kan =)


Latest pic !

22.11.12

1.10.12

Ceritera Imaan Adelia

Dianugerahkan zuriat adalah satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Anugerah yang terindah dari ilahi membuatkan aku dan suami bersyukur tidak terkata. Lantas solat syukur dilaksanakan. Berita gembira yang aku nantikan setiap bulan. Mana tidaknya, setiap bulan wajib ke farmasi bagi mengetahui berita gembira. Rasa ini biasa buat pasangan yang dah berkahwin dan aku tidak terkecuali. Bagaimanapun, aku tidak terlalu berharap, apa yang pasti doa dan usaha diiringi. Mungkin faktor berjauhan dengan suami sebgai penyebab. Pertanyaan dari saudara mara dan kawan2 kami tidak pernah anggap ianya negatif, anggap sja itu soalan wajib yang perlu jawapan dan soalan mereka adalah doa.  Dan soalan2 ini adalah satu fasa yang harus dilalui oleh setiap pasangan.so, don’t get too stressful bila bhadapan dgn situasi ini.


13 januari 2012 – selepas 6 bulan berkahwin.  Penantian kami dijawab dengan berita gembira. Tiada kata yang dapat ku gambarkan dgn hasil keputusan UPT positif.  Alhamdulillah dan Subhanaallah yang layak meniti dibibir kami. 

Selama 37minggu 6hari membawa kandungan, mengajar pelbagai pengalaman yang tidak dapat diajar oleh guru2 dan buku2. Kuasa ALLAH s,w,t yang maha kaya. Pengalaman ini membuatkan aku lebih menghargai jasa seorang ibu. Jasa yang tidak mungkin boleh dibayar dengan wang ringgit. Jasa yang dibawa sampai ke akhirat. Disaat ini juga aku mengakui dan mendalami bahawa syurga itu terletak ditelapak kaki ibu. Inilah pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai yang ALLAH berikan. Dan ape yang jelas dapat kusimpulkan, walau jahat sekalipun ibu kepada kita, kenanglah jasa seorang ibu yang membawa kita dalam rahimnya.  Terima kasih ALLAH kerana memberi pengalaman mabuk,sakit badan,mual, muntah dan sebagainya kepadaku.

Setiap perubahan trimester, aku sangat excited menunggu kelahirannya. Setiap malam berbicara dengan sikecil dalam perut. Mungkin sbb itu, apabila bayi dilahirkan suara pertama yang dikenalinya ialah suara ibunya.
Genap 36 minggu, debaran makin terasa. Selalu tertanya-tanya bagaimanakah sakit istimewa itu ??? 

10 September 2012 on Monday at 37weeks 6days preggy : Perkara yang tidak dijangka berlaku.  Seperti biasa bersiap utk bekerja. Usai solat subuh, seperti ade air jernih keluar. Hati berdegup kencang dan menidakkan kenyataan itu adalah air ketuban. Semakin lama semakin deras……

Syukur ketika itu abang dan emak ada di rumah. 8pagi, doc interview, CTG scanning dan melakukan VE (seluk ) utk memastikan air tersebut adalah air ketuban. 100 % ianya air ketuban. Terus doc seluk utk cek bukaan dan keputusannya 4cm. Aku yang dengar 4cm dr suara doc terus menjerit “4cm already?” Doc jawab “yes, we proceed to labor room”. Allah hu akbar !! Saat ini teringatkan suami yang jauh dan mak yang menunggu di luar. nurse terus bagi arahan salin kain dan duduk di wheel chair dan aku langsung tak merasa ape2 kontraksi. Dalam hati tertanya2 “petang ni dah bole jumpe baby ?”. 

Selepas dihantar ke Labor Room, doc cucuk 2 belah tangan bagi masukkan air dan ubat kontraksi. nurse bagi arahan “selepas sy bagi ubat, awak akan rasa sakit” aku jawab dgn slumber “ok”.
Jeng jeng jengggggg !!Maka bermula la episode “sakit istimewa” itu……… MasyaALLAH…….. sakit yang tidak dapat dibayangkan dialam fana ini. Bukan niat utk menakutkan. Tp inilah realitinya supaya bersedia…Sekali lagi buat aku menyedari bahawa jasa ibu tiada tandingannya. Dan sakit itu reda sedikit apabila wajah suami dimuka pintu dan turut bersama memberi sokongan melihat wajah sakit isteri kesayangannye ini. (Thnkz ye dgn gambar2 menahan sakit itu !)
Selepas doc masukkan ubat kontraksi, CTG baby semakin tidak cantik…Cek bukaan masih 4cm…hal ini berlaku sehinggalah jam 6 petang. So dapat  bayangkan tak aku menahan sakit bape lama ? Jam 6 petang, doc n nurse berkumpul dan putuskan “Caesar” …….. aku redha……..Kes aku ni diklasifikasikan kes kecemasan disebabkan Fetal Distressed. 

Dengan pantas mereka bekerja, mereka menukar pakaian ku, aku sperti tidak sedar apa2 kerana melayan  sakit istimewa itu…tidak tahu dimana kedudukan suami…yang aku tahu, aku mahu dibedah…Dan aku dapat lihat wajah suami di muka pintu OT dan suami tidak dibenarkan masuk. Sedihhh. Disaat itu, aku rasa sperti mahu bjuang demi bayi dalam kandungan ini.

Di OT, ku lihat mereka bekerja dengan pantas dan bius separuh sedar diberi di tulang belakang..sakit =( .. aku lgsung tidak merasa apa2 dr dada ke bawah….

Tiba-tiba aku terdengar Doktor Aminah berkata “Assalammualaikum baby”…..ketika itu, terus air mata mengalir “oh, doctor da potong perut aku” …..terasa gegaran pd perut mungkin ketika itu doc sedang berusaha mengeluarkan baby….dalam berapa saat aku terdengar tangisan insan yg aku tunggu2 selama ini, insan istimewa yg ALLAH pinjamkan kepada aku dan suami…air mata mengalir lagi….Alhamdulillah….Terima kasih ALLAH…Imaan Adelia binti Eddie Anuar @ 2.6kg @ 6.08pm

Tangisan Imaan Adelia sangat nyaring…dan hingga kini jika aku terdengar tangisan dia, pasti tbayang2 lampu2 di OT. Mcm dejavu gtuuu. Nurse disebelah terus berkata kepada ku “Afizah, Baby awak da keluar, kite bersihkan dahulu ye”. Lantas dia bawa Imaan Adelia kpd ku…matanye terbeliak memandangku dan tidak menangis. Sekali lagi air mata ku mengalir tanda bersyukur….

Apa yang membuatku terkilan, aku tidak dapat terus menyusukan Imaan Adelia, mereka terus bawa Adelia ke wad kanak2 dan aku dimasukkan ke ICU, disebabkan jangkitan kuman…..dugaan buat kami. Aku disyaki terkena jangkitan kuman kerana air ketuban telah pecah awal dan lama. Tapi Alhamdulillah, Imaan Adelia n aku selamat dan tidak mengalami apa2 kesan dr jangkitan tersebut. Aku telah dipindahkan ke wad bersalin dan Hari kedua, Imaan Adelia sudah bersama ku.

Selama 4 hari 3 malam aku berkampung di HSA. Terima kasih kepada suami dan ibu yang berulang alik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan kami.




13.9.12

Assalammualaikum semua ....

@ 37weeks 6days
2.6 Kg
Gegirl >.<
By Caesar
Hospital Sultanah Aminah




5.9.12

Short update : 18 days to go

Assalam Uolls
Sempena mood counting the days ni sja nak hapdate perubahan diri
I mean, perkara2 yang dialami dlm perjalanan nak ke tarikh 23rd September 2012
*gtoo kan ayatnye*

Bermulanya semalam...
Pertama kali attacked by Braxton Hicks !!
Malam semalam toman mak ke klinik amik ubat
Then singgah Bank
Sepanjang perjalanan, pelvic area rasa tak selesa sangat2
Senak nye mak oiiiiiiiii !!!!
Tapi sakit boleh tahan lagi
*Mcm ni ke rasa senggugut ?*
Bila tekan ari2, keras jekkk >.<
Plus, baby mengeras non stop
Situasi ini berlaku more than 20minutes
But malas nak layan rasa tak selesa nih
Perjalanan diteruskan...
Sampai umah keadaan kembali kpd asal
Time layan Bukan Bidadari, terjadi lagi...
Last2 malas nak layan sakit, terus masuk tidozzzzzzz

Otherwise, kaki ku sudah bengkak
Biasanya bengkak mesti bersebab
Tapi kali nih, dok opis goyang kaki pun, kaki membongkak !
Adakah ini tanda ?
As my mom said " Bengkak surut mesti terus bersalin "
Macam senang je ekkk ??

Baby sayang........plisssshhh keluar selepas ibu selesai keje ea sayang...sabtu ni je...plishhhh, Ibu selalu berdoa pd ALLAH....

3.9.12

Dear Anakku...

Assalammualaikum anak ibu,,,,
Lama tak type warkah utk kamu
Hari ni kamu pagi2 da joget2 dlm perut...
Kadang2 dapat rasa bahagian siku, lutut kamu.
Tapi ibu x sure la plak siku ke lutut. hehehe.
Kamu da nak keluar ke ??
Janganlah dulu sayang...
Ibu ade task on 8th September kat Segamat
Kalau kamu keluar, tak tahu nak bayangkan camner ngn keje ibu tu
Nak harapkan orang lain ? Malas nak panjang2 citer T_T
Siang malam ibu berdoa kamu keluar selepas urusan kerja ibu selesai
Ibu tahu, Allah dengar doa ibu. Allah kan maha mendengar.
Ibu juga berdoa agar ibu rasa sakit bila ayah ada kat sisi ibu
Ibu perlukan Ayah,,,
Tapi, sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat ibu n kamu

Anak ibu oh Anak ibu...
Auntie2 n Uncle2 sebelah ayah n ibu sume x sabar nak tunggu kamu lahir
Sebelah ibu, takde lg newborn baby so kamu la yg paling ditunggu2
sebelah ayah, kamu cucu pertama so mmg excited la memasing
Ibu and ayah lagilaaaaaaaahhhh excited. hehehe
Tapi kamu jangan keluar dulu tau before 8th September ...Plishhhh
Ape kata kamu keluar 19th September ?? Same birth date wif ayah, bole laaaaaa

Anak ibu sekarang mesti da besar kan
Ibu tak tau pun berat kamu berapa skrg
Doc lama dah tak scan
Harap2 urusan kita dipermudahkan sayang
Now, takdelagi rasa tanda2 sakit tu
Cuma tiap malam ibu mesti berfeluh2 panas even kipas depan bijik mata
Tido pun makin tak selesa, selalu ngiring kiri kanan
Pastu pepagi da rasa muallll yang amat !
Kaki mmg bengkak je T_T
Ari2 pun da start ngilu tapi tak kerap pun
Then pinggang belakang pun rasa sakit tapi tak kerap jugak
Tiap malam ibu ternanti2 "rasa istimewa" itu....

Menyambut kelahiran mengikut syariat

Assalam to ols
me @ 37 weeks !!! 20days to go !!
Ok, nak sharing sumting sbg panduan utk ibu2 yang tiada pengalaman mcm sy ni kan

Nak sambut kelahiran baru, mestilah bersedia fizikal n mental
Sy nih tak de la kategori bersedia sangat2, emosi tak berapa nak stabil
Kadang2 rasa excited, kadang2 rasa takut, Its normal for all mommy to be outhere

Macamanapun kedaannye, persediaan harus dibuat
Islam adalah agama yang lengkap
Dari sejak kelahiran dah gariskan bagaimana nak mendidik mengikut ajarannya
Kadang2 confius ape yg org2 tua ckp n ape yg sepatutnya
So, here is the lists yg sy dpt dr Buku hadiah dr peserta kursus sy

Buku ni sangat bagus. Fardhu ain yg lengkap dr kelahiran hinggalah kite dikafankan.
Azan & Iqamat
~ Azan dilaungkan ditelinga kanan dan Iqamat ditelinga kiri bayi
~ Rahsia azan & iqamat :
i) Kalimah2 memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sbg ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
ii) Satu penyataan syariat islam  yang berpernanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

Tahnik
~ Membuka atau memcah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa
~ Isi buah tamar yang telah dikunyah diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.
~ Hikmah bertahnik :
i) Kuatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya
ii) Jika kurma tiada, bolehlah gunakan gula atau madu lebah.

Memberikan nama yang baik
~ Pilih nama yang elok dan mempunyai makna yang baik, kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang

Akikah
~ Akikah = memutus
~ Akikah dr segi syarak = Menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri2 dan kibas buat anak yg baru lahir, khususnya pada hari ke tujuh kelahirannya atau selewat2nya sebelum anak itu akil baligh.
~ Anak lelaki = 2 ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri2 dan sebagainya)
~ Anak perempuan = 1 ekor kambing sahaja
~ Hukum daging akikah : Sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran dan saudara mara
"Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah : Dengan nama ALLAH, Ya ALLAH, bagi-Mu dan kepada-Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau si Fulanah ini.'' - Hadis riwayat Al-Baihaqi

Bercukur rambut
~ Ia dilaksanakan sempena majlis akikah
~ Amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak, buka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan hidu.

Berkhitan
~ Maksud = memotong kulit yang menutupi zakar (lelaki) dan memotong sedikit hujung clitoris (perempuan)
~ Hukum = Sunat


Semoga anak-anak yang bakal kita lahirkan adalah permulaan atau penyambung keturunan kita yang terbaik...

30.8.12

Check-up @ 36weeks

Salam syawal buat semua
Hari nih agak sedey dgn result Check-up KK
HB, Urine, BP was ok
BUT....
Berat naik mendadak !!!
Last time check-up on 15th Aug = 65.5
Today check up 30th Aug = 69
"Makan banyak ke dik ?" -Sindiran makcik nurse 

Hari ini ingatkan appointment dengan doc utk review BSP yg sy buat on Tuesday
Sekali jek check up as usual
Doc cek kedudukan baby, semua ok.
Then cek skali lg BP, still ok.
As a result, sy diarahkan membuat BP 2 hari sekali til 6th Sept utk Doc review
SEBAB ?? berat naik >.<
Muka gue skali lg terpacak kat Farmasi tu la gamaknya !

Nafsu makan ?
Lately mmg buas pun
Ingatkan normal, tapi pas makan mesti perut memulas n buang
So datang mana berat nehhh ??
_nampak sgt x bole terima kenyataan kan ..kan..kann_
Redha je laaa... da mmg berat naik .

27.8.12

Eid Mubarak 1432H

Salam Syawal kepada sume !!!
Nak jugak tempek 1 pic raya
Dis year gambo x banyak
Nan ado je la. Yang penting ade bsma asben
See ? me, incik suami and si tecit dalam perut itu.
Adakah mungkin sebab beraya jauh dr Mak ?
Adakah mungkin kemudahan kamera yg kureng ?
Adakah mungkin pembawakan si tecit ?
Semua tu betullah
Ni kali kedua beraya jauh dengan Mak
Malam n pagi raya air mata dah bergenang,...
Tapi kutahan Jebat...
Takpe2, yg pasti next year pasti meriah dengan si tecit beraya sakan. InsyaALLAH...
k. Till Then. XOXO


Fuhhhhhhhhhh !!!

Salam Syawal
Rasa tak terlambat lagi nak wish Happy Eid Mubarak to Uolls
Fokus beraya entah kemana
Lebih fokus pd si tecit dalam perut neh
Tapi masih kenal lagi la ketupat rendang. Heeeee

Current update @36Weeks
~> Tido semakin tak lena, baby suke main golek2 time ibu dia nak lena
~> Perut suke mengeras, tak kira waktu dan dmana berada, paling x bole blah time tito. Buat ibunye terjaga.
~> Lutut kanan saket T_T . susah nak bangun.
~> Kaki bengkak yg amat kalo bjalan sakan
~> Bag for ibu n baby da get ready !! Tinggal masuk bonet kete je .
~> Alergik pada daging n santan (Rasa mual)
~> Botol2 TAK sterilize lagi >.< hehehe
~> Muka semakin berminyak 
~> Perasaan Nervous membuak2
~> Perut rajin memulas. Lagi2 pas makan. maka si ibu perasan rasa dah nak bsalin . Hee
~> Baby gerak ok. dengan penuh kesopanan. Lagi2 bila Ibunye pas makan.

Semalam time packing bag for hospital, rasa nervous lain macam
Selalu berfikir bagaimana sakit yang dimaksudkan
Thnkz pd kawan2 yang brainwash to b positive
FYI, sy susah nak kna sengugut, so kalo org kata ianya lagi sakit dr senggugut, maka dgn itu sy akan k'blur'an
Papepun, doa selalu sy panjatkan pd-NYA agar dipermudahkan urusan
Air selusuh yang hubby buat da abis, Need to refill plsss

NERVOUS to be a wifey, BUT .......
It cannot challenge my NERVOUS to be a mother...... Thats true !

15.8.12

BSP TEST : Blood Sugar Profile

Salam Ramadhan Kareem to ols
1st of all, thnk u so much to those who response to my entry about BSP test
And pada blogger2 yang citer experience tang BSP nih
BSP nih mmg lgsg sy x tau ape2
Mengharapkan pd incik google n blogger je
Kakak nurse kat KK pun mcm tak bernafsu nak terangkan tang BSP nih
So skrg maklumat dihujung jari, better cari sendiri jo la

14 August sy kna wat BSP test
Maksudnye, kepada insan2 yang bertuah seperti sy, yg mana result MGTT mereka above 6
Maksudnye ANDA PENGHIDAP KENCING MANIS !!
Seriously, sy x bole terima kenyataan huhu
Sebab tak de pun keturunan kencing manis
Tapi incik google telah membantu sy
Ade sesetengah preggy mommy yg akan kna kencing manis time preggy sja
Dsebabkan hormon yang dibawa oleh sitecit nonet dlm perut
After deliver, penyakit ini akan hilang entah kmana
So si ibu kenalah jaga makan time preggy nih
Antara tanda2nye, berat naik mendadak and kaki bengkak
Kaki bengkak tuh mmg sy agreed la coz starting 5months preggy kaki da start bengkak
So hati2 la pd preggy mommy yg kaki bengkak pd awal kehamilan tu ye !
kesan kencing manis nih bahaya pd ibu n anak
So nak tak nak mmg kena jaga makan tuh
Antara kesannye, baby bole besar to 4kg tau ! *bole ke pushhh?? huhu*
Risiko baby meninggal dlm kandungan
And banyak lagi la....

After got call from KK
Hati punyelah risau
At the same time, Tak bole terima kenyataan
Sy tetap tak bole terima yang sy nih penghidap kencing manis
Sebab sy bukan manusia yg suka manis2, air gas adalah pilihan terakhir sy
Tapi nak x nak, kna jugak proceed dgn BSP test nih
Pagi 14 Ogos kena dtg KK
And as usual kena puasa start 10mlm semlm
Hubby teman, so sedikit sebanyak membantu dr segi emosi
Nurse terangkan amik darah 4x
yang sy nih punyelah imagine dia amik darah mcm amik utk MGTT
Ghupenye taklah cmtu. hehehe. just kluarkan drh secoit je kat hujung jari hihihi

Hasil dr pembacaan, kite bole buat BSP kat farmasi
And kena jujur je la. Then i asked permission to nurse utk amik test kat farmasi je
Coz jarak opis to KK agak jauh
Nurse kata OK !
So 1st test kat KK, next three kat farmasi jek
Area JB nih, Farmasi D'Apotic sediakan servis nih
RM3 for each test

1st test @ KK @ 8am
result = 4.8
Alhamdulillah, menguatkan lagi utk mengiyekan "sy bukan penghidap kencing manis" huhu

2nd test @ Farmasi @ 1pm
Result = 3.9
U know what ? Orang farmasi terkezut dgn result tu uolls!
"Eh, rendahnye gula awak ni ?? Not good for u n baby tau, awak puasa ke ?"
"Sy dah buka dah, puasa start 10mlm smlm"
"Yke, but this result mmg tak bagus utk u, u kna amik yg manis2 la pasni"
"HUhhh???!!"
hasil keputusan ini, sy telah ke drive tru McD and mengorder ayam goreng spicy
Siap minum air coke !!!
Gila kan ???

3rd test @ Farmasi @ 5pm
Result 4.2
Result 4.2 nih membuatkan sy lebih yakin yg sy bukan penghidap kencing manis
Hahahahaha. Nampak sangat tak bole terima kenyataan kannnn...hahaha

4th test @ Farmasi @ 9pm
Result 6.7
Farmasi juz ckp, "OK la nih, sbb baru buka kan"
FYI, even i x pose, time buka beriya benor
Siap minum Coke lagi coz hubby teringin air coke selepas isteri dia Drive Thru McD
hihihihi

You see, result BSP sy ok kan.
Alhamdulillah la

Walaupun okeiiiiiiiii
Sy tetap kena buat BSP nih every 2weeks !!!!
Sebab konsep yg dgunapakai sekali kantoi MGTT, sampai bersalin kena buat BSP !!!
is ok la....nak wat cmner kan, bagus jugak utk baby
Syukur juga sbb opis sy nih jenis x kisah nk kluar masuk
Thnkz to my boss!!
Ape pun, sy tetap kena jaga makan
I will !!







10.8.12

Result MGTT : Proceed to BSP Test

As Salam,
Got phone call from KK

"Hello, Puan Afizah ye ?"
"Saya bercakap"
"Sy dr KKIA JB, nak bagi tahu yang result MGTT awak ada masalah, jadi awak kena buat BSP Test on next week, dan keesokannya awak kena jumpa doc"
Serius terkedu !!!
"Oyke, result sy teruk sgt ke ?"
"10.1, so BSP Test nih awak kena amik darah 4x 8am,11am,2pm dan 9pm, jadi mcm MGTT ari tu awak kena puasa mula 10pm hari sebelum BSP tu ye"
"Ermmm ok. Terima kasih ye"


Dear all : Please pray for me n baby . Serius masih terkejut nih.
anyone yang ade xperience ?

9.8.12

33Weeks progress

Assalam ols
Hari ni free se free free nye ! *failed*
Kerja sume da settle

Sekejap je rasa da 8months+
Rasa mcm baru semalam buat UPT . Heeee
Raya mode pun on off jek
Sebab lebih pk kan baby dlm perut ibu nihh
Rasa excited + tak sabar baca entry blogger2 yang da deliver

Now, tido makin tak selesa
Kadang-kadang ade gak pk takut tertindih baby
Actually, mom to be nih mmg suke pk bukan2
Setelah google, dont b worry coz baby terlindung dgn air ketuban
Final trimester ibu digalakkan tido ngiring kiri
i'll try ! Coz baby shuke stay kanan ibu dia
Kena kalih2 dulu badan baru dpt selesa tido ngiring kiri
Tapi sekarang tahap kemengantukkan adelah tahap gaban !
Cepat betul rasa terlena n sedap sgt dpt tito
Zzzzzzzzzzzzzzzzz

Solat alhamdulillah masih mampu dengan cara yg normal
Cuma kdg2 agak terkangkang2 coz tak leh nak rapat2kan kaki sgt
Kdg2 ade gak rasa nak pitam, tp try to be more khusyuk
InsyaALLAH pitam hilang sendiri

Beg baby 80% done
Coz baru igt nak beli baby wipes yg travel pack punye
Semalam ke Angsana, da amik dah
But then letak balik sebab cashier counter beratur panjang
Nanti2 je la beli gamaknya
Barut + bedung pun baru dpt by pos
Belum basuh lagi
Maybe weekend nih complete la kot

Beg for mama 0% done
Hehehehe. Nanti pas raya baru nak siapkan
Coz nak guna beg tu lagi utk balik raya

Oh ! sekarang nih mual2 kdg2 datang balik
Xspecially time gosok gigi
Tak suke sgt2
Huhuhuhu
Ritu terpaksa batalkan puasa sebab pagi2 da mabuk n muntah2
Perut jadi kosong dan tengahari start dia berkeroncong
Huhhh !!

Jerawat n ruam2 kian berkurang
Harap2 bersih la muka n badan nih pas bersalin
After confinement memang tak sabar sgt nk g Spa n facial !!

Baby movement alhamdulillah ok
Pagi2 mesti kejutkan baby soh tendang2 perut ibu
Kadang2 tiba2 rasa risau tanpa sebab kalo baby diam je pepagi
Ibu dia nih memang gelabah ckit
Alhamdulillah baby behave n dengar kata. Heheheh
Cara nak bagi baby gerak senang je
Try cari posisi kepala dia
Then geletek2 n goyang2kan perut
Mesti dia bangun. ehehehe
Paling aktif baby bergerak kol 9-11 then tengahari n petang n malam
Sangat penting tau utk tahu bila waktu baby aktif !

Perut mengeras ??
Oh dia sangat suke lakukannya
Ibunye lak rasa tak selesa
Tapi bagus utk latih contraction
Semalam masa berjalan2 di angsana
Baby mengeras . Duhhh memang rasa berat perut nih
Bila urut2 perut, dia da ok .

Halamak terpanjang lak entry
Hehehehe. Ok till then !

 

8.8.12

33weeks check up

Assalam
Hari ni check up rasa mcm lama sangat dok KK tuh
Huhhh !! Buhsan !!
Al maklumlah ari nih 2nd time for MGTT
So mmg kna dok KK till 10.30am

Hari nih KK tak ramai org
Seawal pagi jam 8 da smpai KK
as usual KK nih memang tak amik masa lama pun
Since check up rtu, paling lewat pun kol 9
Tapi kalo ade MGTT mmg lambat la

1stly go for MGTT
kali nih rasa sakit plop di amik darah
Tapi stil bertindak cool
Nurse tanye nape nih kali ke2
Then sy jawab entahla ek. Mungkin sbb berat kott
Pastu dia selak2 buku pink
she said, masa 1st test tuh kandungan masih awal -27weeks
So takut tak dapat kesan, tu yg kna repeat test
Ohhh camtu ea...tapi i wondering, kalo masih awal, yg dorg buat awal2 tu kenape lak??
Da la malas nk tnye2 lgi kan.Just follow .....
After amik darah go for routine check up
Berat ? Turun 0.5kg coz puasa kot
BP ? Ok jekkk
HB ? Nurse kata x yah cek
Urine ? Ok2 saja

Then masuk bilik Nurse
Heartbeat baby ? 141 . Ok
Masa nurse tekan2 perut, kepala baby kat bawah
Pastu baby as usual suka sangat2 lepak kat kanan perut ibu dia
So perut nampak senget !hehehe
Then Nurse briefing tanda2 bersalin
Bila da deliver, call KK utk makluman
Then nnt bila tempoh berpantang kena aware dengan jaundis
bla..bla..bla...bla... and so on

Overall, check up rini alhamdulillah
Segalanya ok dan dipermudahkan

1.8.12

Oh Ibu !

Assalam
The picture above say it all
Dapat pix ni dari FB
Pepagi da rasa tersentuh
Yes! Its really true !!!
Its happen to me
And sebab tu Islam suruh kite hormat Ibu
Ibu yang pertama, selepas Ayah
Hows perfect Islam itself !
Selepas diberi peluang oleh-NYA untuk preggy baru lah sy rasakan bagaimana curahan kasih sayang seorang ibu
Ibu sy seorang yang tidak pandai tunjukkan sayangnya, Ayah pun camtu jugak
Tapi hati kecil tetap tahu bahawa mereka sygkan sy
Bila da preggy baru tahu bagaimana sayangnya seorang ibu
Bagi saya, kalau seorang ibu tu tak mampu berikan apa2 atau pernah buat kita kecewa
CUKUP SEKADAR KITA KENANGKAN JASA DIA MEGANDUNGKAN KITA 9 BULAN
DAN MELAHIRKAN KITA
Serius! sy x tak faham pada orang yang tak tahu menilai pengorbanan seorang ibu
Semoga mereka diberi Hidayah oleh-NYA
Saya bersyukur dikurniakan seorang ibu yang bernama Siti Juairiah Binti Milan
Bersyukur masih diberi peluang untuk membalas jasa beliau
Alhamdulillah


30.7.12

Puasa + Raya prep + ibu mengandung

Assalam ols
Memandangkan koje den da halfway siap
Jom kite berblog

Sja nak menghapdate about puasa n raya preparation as a preggy mommy
So far alhamdulillah, ALLAH permudahkan ibadat puasa ku

PUASA
Ermmm, masih bertenaga dan mampu untuk berpuasa
Dan masih bertenaga tulun mak n masak utk hubby on weekend
Cuma x bole nak berdiri lama2 sangat.
Tumit akan sakit, badan berpoluh then pitam
Harap sangat dapat puasa ponuh, tapi 8th August ade MGTT daaaaaa
Sahur n buka hanya berselera kepada sambal2 . No santan please!!
Serius! masuk 7 bulan preggy, santan mmg x bole nak masuk
Tapi bagus gak, kurang ckit kolesterol ku!
Kurma mesti ada for both sahur n buka . For energy !
Then air nak yg sejuk2 jek. nak yg sedap2 jek. ini sume selera baby! hehe
Terawikh ?? kelaut kottt. paling worse this ramadhan la. huhuhu
InsyaALLAH cuba jugak buat nnt.
Baby movement ? aktif dan suke sgt dia tersedu tau !

RAYA PREPARATION
Baju raya saya da settle lama
Amik lycra maxi dress, sangat sedap dipakai n murah
Now tinggal mncari baju hubby n kasut raya
Tema kami is Dark purple !
Oh this year turn hubby... =(
Tak tahu nak ngadap pagi raya cmner.... huhu
And time aidilfitri mesti perut sy da besau ckit coz da 34weeks
Tengah mood beraya tapi otak pk deliver . Semoga dipermudahkan. Ameen.
So raya prep x de lah meriah sangat sbb skrg tgh fokus pd baby je
Yang pasti next year mesti meriah.
Sebab ? Beraya turn sy then baby msti da pandai jalan. hehehe. insyaALLAH

ME AS PREGGY MOMMY
Owh, sejak 2 menjak nih asyik nak tito je...
Pantang baring, then terus berdengkur!
OH!! sejak preggy nih tito mmg berdengkur! Huhhh! Hubby siap record sbb isteri dia nih x leh terima kenyataan. hahaha >.<
Pastu kalo tido tindih tangan or kaki, kompom rasa kebas2 . Tak shuke !
Now, style tido pun tgk kedudukan baby kat ne
Tapi dia suke sangat dok belah kanan ibu dia
Muntot da la keras. pastu kalo sy sja ngiring kanan, nanti rasa geli2, mngkin tangan dia tersepit.
hahaha. comel awak ni tau !!!
Owh, now jalan da mcm penguin la jgak. hehehe
Tapi x kisah pun.

ok. Till then.
Gitu je kan closing. hehe

26.7.12

Dear Anakku

Assalam permata hati ibu and ayah
Da lama x menaip warkah utk kamu
Ibu busy + Mood on off je berblog

Kamu da 31 minggu 1 hari dok dalam perut ibu
Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu betapa nikmatnya merasai anugerah-NYA ini
Doa untuk kamu tak putus2 dan bacaan alquran sentiasa ibu baca
Dengan harapan supaya kamu jadi anak yang taat pd Allah dan Rasul, Ibu n Ayah

Ibu and Ayah of coz la tak sabar nak menunggu September
Which is nak menyambut kelahiran kamu
Dan bila masuk last trimester ni, Ibu  rasa nervous lakk
Baca pengalaman2 dr kawan2 ibu, macam2 ada
Semoga ALLAH permudahkan urusan kita sayang....

Now, ibu n kamu sedang berpuasa
Alhamdulillah, kamu x banyak ragam dalam perut ibu
Cuma kadang-kadang tak boleh berdiri lama + berpeluh
Tapi dont worry, Ibu mu ini seorang yg kuat tau !

Barang-barang keperluan kamu hampir siap kesemuanya
Syukur sekali lagi, dengan kehadiran kamu, pelbagai rezeki yang datang pd Ibu n Ayah
Sekarang ni tinggal pakaian n proses nak mendobi je
And sekarang ni jugak Ibu n Ayah tengah busy
Coz Ayah baru dapat kunci rumah baru
Cian ayah kena pindah sensorang.... =(

Oh ya, makcik2 n pakcik2 kamu tak sabar nak mnunggu kehadiran kamu
Semua tertanya2 kamu nih gugurl ke boiboiboiii hehehehe
Ibu jawab "Supriseeee!!"
Nenek kamu jawab lak "Takpe, kite tengok nanti dia sidai baju baby laki ke pempuan" hahahaha

Oklah ibu ada kerja ckit nih
Ari ni Ayah balik tau! Yeayyyyyy!!!


31 Weeks Check up


Salam ramadhan to ols
Sekejap je masa berlalu kan
6 Ramadhan berlalu sepantas lalu *ape ni ayat ?*

Semoga mommy2 diluar sana terus diberi kekuatan dlm menjalani ibadah puasa

Semalam check up @KKIA JB
As usual, test urine,HB,Blood pressure etc
Berat naik sekilo >.<
Selama 31 minggu preggy, berat naik dengan jayanye to 11kg+- Erkkkk!!!
Result check up smlm Alhamdulillah semuanya ok

KECUALI, kakak nurse *kakak ke?* perasan kaki sy bengkak
Actually dr rtu da bengkak
Almaklumlah, kerja sy ni berdiri
So, tercatat la ink merah di buku merah ituuuuuuu ~slight edema
Kakak nurse advice barang2 baby da bole siap tapau letak dlm kete
Coz bila da masuk minggu2 ni, mcm2 bole jadi
Ohhh!! tetiba rasa nak terbersalin. Hahaha

Then kakak nurse tetiba ckp rini ade 2nd dos injection kancing gigi
Nasib la sy nih x takut pd jarum, so proceed je
Tapi kali nih injection mcm sakit lak. Perasaan je kott.

Then kakak nurse ajar kira pergerakan baby
Catat masa pergerakan kali ke 10 pada pukul berapa
Baby aktif tapi pergerakan yang mcmane kena kire ea??
kakak nurse jawab pergerakan yg kuat...ermmmm
But now i kire je as long dia gerak n sy rasa

Ok. Worst part is on 34weeks kena repeat test MGTT
Reason yang diberi "memang wajib kena jalani 2x ujian"
Pada hal MGTT sy rtu ok je. Takpelah follow je, yg penting baby ok.
So, 8th August dah buang 1 hari puasa =(

24.7.12

Quick update !

Assalam ols,
Salam Ramadhan kareem to ol of u

Rasa mcm da lama tak mencoretkan sesuatu disini
Juz make it simple n quick update

CHECK UP 29WEEKS
Alhamdulillah sume ok
Doc scan tapi x bole tengok gender baby. ntah hape2
Yo la, nama pun gomen kan..
Result MGTT alhamdulillah ok
Re-test MGTT on 34weeks. Erkkk!!
terngiang2 kelikatan air gula itu. Yuckk!!
Sy mmg jenis x kuat manis. tu yg rasa something tuhhh.
Ouh gamaknye x bole berpuasa la on 34weeks. Iskkk!

SCAN 3D
Its Awesome !!!!
Melihat baby didalam perut ku
Moment yg sangat indah buat sy n hubby
But a bit disappointed coz doc x print out hanya sebab tangan baby dok atas pipi
Actually mmg x puas ati,
tapi disebabkan punyelah gumbira dapat lihat baby terus mcm x nak spoil the mood
Apa pun according to Doc
..Air ketuban OK
..Baby sempurna
..Organ dalaman baby berfungsi dengan baik
..Current weight = 1.5kg and expected on 40wks = 3.4kg *Ouhhhh!!*
..Heartbeat OK
..Conclusion sume OK.
Syukran Ya ALLAH...
Gender ?? Supriseeee!!!! >.<

BABY ITEM - 80% DONE
Alhamdulillah . Misi menyoping barang baby almost done
Tinggal baju baby je nak kena cari lagi
Kebanyakan barang byk beli online
Bukan ape, x best kalo hubby x de kat sebelah
Harap2 bulan ni settle sume utk barang baby
Then bole proceed dengan aktiviti mendobi !!

MOMMA ITEM - 10% DONE
Ibu berkorban dengan memberi laluan pd si anak
Set berpantang tengah pikir2 nak guna ape
So far tertarik dengan Shaklee,NR n Leesa Formula
Any suggestion ?? actualy mls nk makan jamu. huhuhu. bole tak ??

CURRENT SITUATION
Ohhh jerawat dimuka + badan makin bertambah2
Tapi malas nak amik port sangat coz assume ini pembawakan budak
Yang penting lepas pantang nanti, akan ku gagahi ke spa !
Bukan saja jerawat, badan umpama mandi x bersih. huhuhu
Harap2 hubby faham.
PUASA ?? so far alhamdulillah
Selalu berdoa agar diberi kekuatan oleh NYA
And time puasa ni biasa gak kena fenomena pitam2. Huhhhh!!
Cuma risaukan baby je.
Tapi baby relax jek hari2 tendang2 ibu
Nanti dia ea!

Apa lagi mau cerita ???
Tu je kott
No idea la... >.<
Till then


4.7.12

Baby Feeding - 90% DONE!

Assalam,
Hari ni sangat hepy coz barang yang dibeli ngn sis Yusra da dapat !!
Baby feeding item ni diperlukan lebih awal coz sy sdg belaja utk Fully BF
Bila da ade brg2 ni depan mata, praktikal dpt dijalankan. Muahahaha
Bukan ape, nak la kenal2 n mesera2 dulu dgn feeding item ni
Semoga jalinan kerjasama pd akan dtg ade hasilnya
Semoga ALLAH permudahkan jalan sy


  • Feeding bottle - sy da terjatuh hati dgn botol avent design baru tu, tapi tommie tippie tetap dihatiku, Now tgh usha2 price. so far giggles more cheaper
  • Teat for medium flow & fridge hold dlu coz x nampak lg keperluan tu.
  • Strelizer tak yah beli dulu coz guna air panas sudah mencukupi ! Jimat duit!
  • Soothers lak hubby x prefer and mgkin in KIV list
storage bag ni sy beli satu jek utk kegunaan simpan susu time office hour.Storage bottle yg awesome coraknye ! dlm beg ni leh muat 6-8 botol je kot. ok la kan, kalo production meningkat leh beli lg. murah tau beg ni!

Storage bottle. beli 2 kotak. 1 kotak ade 10 kot. kalo production meningkat maybe beli lg. tapi x pe, kat umah byk bekas kosong. and beli storage bottle ni percuma storage plastic tau. tapi jgn la expect byk. heeee

item ni sgt penting utk carrier woman ye. Dia akan berpasangan dgn storage bag yg mana dpt bg susu bertahan 10 - 12 hrs. sy beli 2 kotak. 1 kotak ade 3 pcs.

Yaa!! sperti tertera disitu! kawan baik kpd mak sy la nnt utk panaskan stok susu. Heeee

This one plak for Ibu !! Saya beli 3pcs. esok nak terus pakai. heeee

Ok , Thats all for today !!
Now tgh tggu breast pump pulokk!
Order dgn sis Nuriz
Oh lupe total lost wif sis yusra =  280rm

ok Till then. xoxo

2.7.12

Macam2 cerita -Pregnancy

Assalam momies, mommy to be and readers
*bajet mcm rmai plak yg baca blog ni*

Syukur kehadrat ilahi kerana masih dberi kesempatan untuk terus bernafas
Dan merasai moment2 indah as a preggy mommy!

Rasa mcm da lama x hapdate blog!
Huhhh kerja + Outstation yang banyak >.<
Kena settle before Ramadhan n Syawal

Sja nak higlight a few thing about my myself
its ol about my pregnancy lorh

On 23rd June, check up for 6months
Alhamdulillah, everything was ok !
Paling gusar ofkoz la HB,
FYI, busy sgt dengan work scheduled slalu skip Vitamin. huH!!
Alhamdulillah HB = 11.2

Berat naik dengan jayanye sebanyak 3kg permonth! OMG!
As a result, kna MGTT on next appointment ! Apakah ??
Sekali lagi dengar heartbeat baby, alhamdulillah sume ok!
Then kena injection kancing gigi.
For me, inject2 ni x de la mencabar sgt sbb biasa2 jek.
Sakit coit je kott.
Then nurse noticed kaki da bengkak, memang pun..huhu
Sebab koje den mmg berdiri la..
Nurse advice mcm2 utk elakkan kaki bengkak


Next appointment will be on 3rd July
Memang mintak awal coz 4th July nak fly to Sabah Bahhh *Cant wait!!*
So memerlukan surat dr doc
Thnks to Mommy Kina yg sharing tang info fly2 ni

And most interesting part is...Doc nak scan !!! Nak tgk kedudukan placenta
Me n hubby x sabar nk tahu gender baby ! Oh Baby!!!
Malam nih hubby balik !! yeayy!! esok ade bodyguard escort to KK .
Camner pun still nak buat 3D scan nnt kat Melaka !

Shopping for baby ???
Hahaha so far shopping versi main2
Tak serius lagi la
Banker kata tunggu mid of July sekali harung scan 3D
So far beli online jek banyak kot
Beli rompers harga borong + lamaze inchworm kat Mommy Adelia *Serius murah*

Beli warmer + bra for BF + ice pack + storage bottle n bag etc kat Yusra *Pun murah*
Pastu "tersoping" nth hape2 kat UO coz tgh sale n carefour
And last week ade kelas kat BP, ade peserta hulur Ang Pow utk baby. TQ Nenek!
Terus beli barang baby sbb takut mak nye terpakai. Heeee


Ok nak sharing sumting ni
At 6months preggy alhamdulillah my breast da start kluar cecair jernih
Means that, da bersedia utk keluarkan susu
Masa tersedar keluar tu, rasa happy tak terkata.
Mungkin sebab rasa excited nak BF baby
Semoga niat suci utk BF baby dipermudahkan oleh NYA
Saya percaya, Niat yang baik, Allah pasti tolong.

Ok la, sampai sini sja ...
Koje den da byk settle.
Its time to study for baby !


Till Then >.<

14.6.12

ANTENATAL CLASS IN JB

mari meng'register'kan diri anda dan suami

13.6.12

Happy 1st Anniversary to us

 Assalam semua..
 The title say it all

Sharing moment yg indah bersama suami tersayang
Sangat seronok tidak terkata
Before that many thnkz to SK yg buat entry pasal LivingSocial
Time tu mmg tengah survey2 tempat cuti yg best n berbaloi
So setelah mencari price quotation n bg pd hubby, dia pon bersetuju dengan sekali lafaz
Sebab dia banker >.<


Ok kan rate dia ?? The best part resort nih dalam hutan and atas bukit . of coz sejuk ! Sangat sesuai pada yg berhoneymoon n berbabymoon .. Opss!

Kami beli 2 kupon which is for 2 night stay
Check in 10 Jun n check out 12 Jun


Otw . Kami ikut simpang pulai. punyelah jauh. Tak sabar2 nak jumpe landmark Cameron. balik kami ikut jalan Tapah. Hubby mabuk!. kesian. So better ikut simpang pulai la even jauh ckit.

Me, Hubby and our future baby which 6months in my tummy . Sila jangan tertipu background tu bukan buah strawbery tau ! (psssstttt beso x perut saya ? haha) 

One of the view yang sgt shantek around the resort

Bilik ade balcony, tapi kami x pernah bukak pun pintu tu, sejukkkk . View dalam bilik x sempat nak amik .

Strawberry Farm. memang puas makan strawbery kat sana. Yummmeyhhhh

Cactus point. tapi sy nih bukan peminat tegar cactus. suke tengok jek

Mushroom yg pelbagai. actually byk sgt2 view yg cantik kat CH nih, tapi mak buyung nih malas nk snap2 gambo. amik mna yg sempat je >.<

Last day..bangun seawal 6am..time ni pagi so nampak la ckit kan kabus kat belakang tu . And Luckily ada 2 kakak joging2, mintak tulun dia amik kan gambo. heeee

Makan time ! Breakfast ok2 saja. 2 hari berturut2 dapat seat kat balcony. sejukkkkkk grrrrrrrr

i love to see my tummy progress. hahaha

i love u more than u love me . Its true !.


Ok. Habis.
Malas nak review panjang2. hihihihi
Overall, Cameron Highland is one of the best place coz its cold!!! so u need to bring ur hubby. its a must!!
>.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang