Berumahtangga

Daisypath Anniversary tickers

TQ!

Our Heroin

Lilypie First Birthday tickers

nuffnang

3.9.12

Menyambut kelahiran mengikut syariat

Assalam to ols
me @ 37 weeks !!! 20days to go !!
Ok, nak sharing sumting sbg panduan utk ibu2 yang tiada pengalaman mcm sy ni kan

Nak sambut kelahiran baru, mestilah bersedia fizikal n mental
Sy nih tak de la kategori bersedia sangat2, emosi tak berapa nak stabil
Kadang2 rasa excited, kadang2 rasa takut, Its normal for all mommy to be outhere

Macamanapun kedaannye, persediaan harus dibuat
Islam adalah agama yang lengkap
Dari sejak kelahiran dah gariskan bagaimana nak mendidik mengikut ajarannya
Kadang2 confius ape yg org2 tua ckp n ape yg sepatutnya
So, here is the lists yg sy dpt dr Buku hadiah dr peserta kursus sy

Buku ni sangat bagus. Fardhu ain yg lengkap dr kelahiran hinggalah kite dikafankan.
Azan & Iqamat
~ Azan dilaungkan ditelinga kanan dan Iqamat ditelinga kiri bayi
~ Rahsia azan & iqamat :
i) Kalimah2 memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sbg ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
ii) Satu penyataan syariat islam  yang berpernanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

Tahnik
~ Membuka atau memcah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa
~ Isi buah tamar yang telah dikunyah diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.
~ Hikmah bertahnik :
i) Kuatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya
ii) Jika kurma tiada, bolehlah gunakan gula atau madu lebah.

Memberikan nama yang baik
~ Pilih nama yang elok dan mempunyai makna yang baik, kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang

Akikah
~ Akikah = memutus
~ Akikah dr segi syarak = Menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri2 dan kibas buat anak yg baru lahir, khususnya pada hari ke tujuh kelahirannya atau selewat2nya sebelum anak itu akil baligh.
~ Anak lelaki = 2 ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri2 dan sebagainya)
~ Anak perempuan = 1 ekor kambing sahaja
~ Hukum daging akikah : Sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran dan saudara mara
"Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah : Dengan nama ALLAH, Ya ALLAH, bagi-Mu dan kepada-Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau si Fulanah ini.'' - Hadis riwayat Al-Baihaqi

Bercukur rambut
~ Ia dilaksanakan sempena majlis akikah
~ Amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak, buka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan hidu.

Berkhitan
~ Maksud = memotong kulit yang menutupi zakar (lelaki) dan memotong sedikit hujung clitoris (perempuan)
~ Hukum = Sunat


Semoga anak-anak yang bakal kita lahirkan adalah permulaan atau penyambung keturunan kita yang terbaik...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang