Berumahtangga

Daisypath Anniversary tickers

TQ!

Our Heroin

Lilypie First Birthday tickers

nuffnang

1.10.12

Ceritera Imaan Adelia

Dianugerahkan zuriat adalah satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Anugerah yang terindah dari ilahi membuatkan aku dan suami bersyukur tidak terkata. Lantas solat syukur dilaksanakan. Berita gembira yang aku nantikan setiap bulan. Mana tidaknya, setiap bulan wajib ke farmasi bagi mengetahui berita gembira. Rasa ini biasa buat pasangan yang dah berkahwin dan aku tidak terkecuali. Bagaimanapun, aku tidak terlalu berharap, apa yang pasti doa dan usaha diiringi. Mungkin faktor berjauhan dengan suami sebgai penyebab. Pertanyaan dari saudara mara dan kawan2 kami tidak pernah anggap ianya negatif, anggap sja itu soalan wajib yang perlu jawapan dan soalan mereka adalah doa.  Dan soalan2 ini adalah satu fasa yang harus dilalui oleh setiap pasangan.so, don’t get too stressful bila bhadapan dgn situasi ini.


13 januari 2012 – selepas 6 bulan berkahwin.  Penantian kami dijawab dengan berita gembira. Tiada kata yang dapat ku gambarkan dgn hasil keputusan UPT positif.  Alhamdulillah dan Subhanaallah yang layak meniti dibibir kami. 

Selama 37minggu 6hari membawa kandungan, mengajar pelbagai pengalaman yang tidak dapat diajar oleh guru2 dan buku2. Kuasa ALLAH s,w,t yang maha kaya. Pengalaman ini membuatkan aku lebih menghargai jasa seorang ibu. Jasa yang tidak mungkin boleh dibayar dengan wang ringgit. Jasa yang dibawa sampai ke akhirat. Disaat ini juga aku mengakui dan mendalami bahawa syurga itu terletak ditelapak kaki ibu. Inilah pengajaran dan pengalaman yang tidak ternilai yang ALLAH berikan. Dan ape yang jelas dapat kusimpulkan, walau jahat sekalipun ibu kepada kita, kenanglah jasa seorang ibu yang membawa kita dalam rahimnya.  Terima kasih ALLAH kerana memberi pengalaman mabuk,sakit badan,mual, muntah dan sebagainya kepadaku.

Setiap perubahan trimester, aku sangat excited menunggu kelahirannya. Setiap malam berbicara dengan sikecil dalam perut. Mungkin sbb itu, apabila bayi dilahirkan suara pertama yang dikenalinya ialah suara ibunya.
Genap 36 minggu, debaran makin terasa. Selalu tertanya-tanya bagaimanakah sakit istimewa itu ??? 

10 September 2012 on Monday at 37weeks 6days preggy : Perkara yang tidak dijangka berlaku.  Seperti biasa bersiap utk bekerja. Usai solat subuh, seperti ade air jernih keluar. Hati berdegup kencang dan menidakkan kenyataan itu adalah air ketuban. Semakin lama semakin deras……

Syukur ketika itu abang dan emak ada di rumah. 8pagi, doc interview, CTG scanning dan melakukan VE (seluk ) utk memastikan air tersebut adalah air ketuban. 100 % ianya air ketuban. Terus doc seluk utk cek bukaan dan keputusannya 4cm. Aku yang dengar 4cm dr suara doc terus menjerit “4cm already?” Doc jawab “yes, we proceed to labor room”. Allah hu akbar !! Saat ini teringatkan suami yang jauh dan mak yang menunggu di luar. nurse terus bagi arahan salin kain dan duduk di wheel chair dan aku langsung tak merasa ape2 kontraksi. Dalam hati tertanya2 “petang ni dah bole jumpe baby ?”. 

Selepas dihantar ke Labor Room, doc cucuk 2 belah tangan bagi masukkan air dan ubat kontraksi. nurse bagi arahan “selepas sy bagi ubat, awak akan rasa sakit” aku jawab dgn slumber “ok”.
Jeng jeng jengggggg !!Maka bermula la episode “sakit istimewa” itu……… MasyaALLAH…….. sakit yang tidak dapat dibayangkan dialam fana ini. Bukan niat utk menakutkan. Tp inilah realitinya supaya bersedia…Sekali lagi buat aku menyedari bahawa jasa ibu tiada tandingannya. Dan sakit itu reda sedikit apabila wajah suami dimuka pintu dan turut bersama memberi sokongan melihat wajah sakit isteri kesayangannye ini. (Thnkz ye dgn gambar2 menahan sakit itu !)
Selepas doc masukkan ubat kontraksi, CTG baby semakin tidak cantik…Cek bukaan masih 4cm…hal ini berlaku sehinggalah jam 6 petang. So dapat  bayangkan tak aku menahan sakit bape lama ? Jam 6 petang, doc n nurse berkumpul dan putuskan “Caesar” …….. aku redha……..Kes aku ni diklasifikasikan kes kecemasan disebabkan Fetal Distressed. 

Dengan pantas mereka bekerja, mereka menukar pakaian ku, aku sperti tidak sedar apa2 kerana melayan  sakit istimewa itu…tidak tahu dimana kedudukan suami…yang aku tahu, aku mahu dibedah…Dan aku dapat lihat wajah suami di muka pintu OT dan suami tidak dibenarkan masuk. Sedihhh. Disaat itu, aku rasa sperti mahu bjuang demi bayi dalam kandungan ini.

Di OT, ku lihat mereka bekerja dengan pantas dan bius separuh sedar diberi di tulang belakang..sakit =( .. aku lgsung tidak merasa apa2 dr dada ke bawah….

Tiba-tiba aku terdengar Doktor Aminah berkata “Assalammualaikum baby”…..ketika itu, terus air mata mengalir “oh, doctor da potong perut aku” …..terasa gegaran pd perut mungkin ketika itu doc sedang berusaha mengeluarkan baby….dalam berapa saat aku terdengar tangisan insan yg aku tunggu2 selama ini, insan istimewa yg ALLAH pinjamkan kepada aku dan suami…air mata mengalir lagi….Alhamdulillah….Terima kasih ALLAH…Imaan Adelia binti Eddie Anuar @ 2.6kg @ 6.08pm

Tangisan Imaan Adelia sangat nyaring…dan hingga kini jika aku terdengar tangisan dia, pasti tbayang2 lampu2 di OT. Mcm dejavu gtuuu. Nurse disebelah terus berkata kepada ku “Afizah, Baby awak da keluar, kite bersihkan dahulu ye”. Lantas dia bawa Imaan Adelia kpd ku…matanye terbeliak memandangku dan tidak menangis. Sekali lagi air mata ku mengalir tanda bersyukur….

Apa yang membuatku terkilan, aku tidak dapat terus menyusukan Imaan Adelia, mereka terus bawa Adelia ke wad kanak2 dan aku dimasukkan ke ICU, disebabkan jangkitan kuman…..dugaan buat kami. Aku disyaki terkena jangkitan kuman kerana air ketuban telah pecah awal dan lama. Tapi Alhamdulillah, Imaan Adelia n aku selamat dan tidak mengalami apa2 kesan dr jangkitan tersebut. Aku telah dipindahkan ke wad bersalin dan Hari kedua, Imaan Adelia sudah bersama ku.

Selama 4 hari 3 malam aku berkampung di HSA. Terima kasih kepada suami dan ibu yang berulang alik. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebaikan kami.




7 comments:

  1. I pun kena emergency czer sbb fetal distressed.. :( Tapi alhamdulillah bby ok dan tak kena warded..cuma dapat BF baby after 4 jam da lahir je sbb doc nk buat screening kat dia nk make sure xkena infection sbb dia da poo2 dlm perot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn,,,actualy rasa terkilan gak sbb mental da 100% prepare for normal. tp papepun syukur tak terkata sbb baby n mumy selamat. u too!

      Delete
  2. ank linda 4hr tua dr ank pza,bby boy..ap pn tahniah for the newborn...

    ReplyDelete
  3. hye Imaan Adelia,

    Salam kenal,nanti kita bole jadi kwn tau sebab nm kta lebeh kurang sama..

    yang benar,
    Adelia Zahra

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii sedapnye nama adelia zahra...hehe

      Delete
  4. Taknak share ke photo muka tahan sakit tu? Hihi

    Nadya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang