Berumahtangga

Daisypath Anniversary tickers

TQ!

Our Heroin

Lilypie First Birthday tickers

nuffnang

18.1.12

Pregnant = Eat More ??

Assalam ols,
Untill now, alhamdulillah tidak lagi diuji dengan morning sickness or ngidam bagai
Ye la kot, masih awal lagi.
Cuma! Ape yang sy perasan 2 3 menjak nih....
Now, craving mi goreng basah2 gitu. Tapi tak de lah kategori nak sangat.
Bila ternampak. Mengeliur je. Tapi tempat2 tertentu je sy nak. so bukan ngidam kan? 
Ermmmmm....

Oh!
Awal pregnancy nih memang la peringkat yang berjaga-jaga
Kadang-kadang nak jalan pun feeling2 perut beso. heeeeeee
And kalo nak makan pun, Kena pikir "bole ke makan ni?"
Overall, nafsu makan memang menjadi-jadi
Selera naik je.
Maka, saya pun meng'Google Facts bout What shud eat for early pregnancy

Hasil pencarian kat LINK ini,


Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.


Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.


Actually, banyak lagi tips2 yang kawan-kawan leh dapat dalam artikel yang saya copy paste nih. Lain tu, kena baca sendiri la ye. 


OK. See Then.

4 comments:

  1. selamat menempuh 1st trimester...kalao tak de alahan/mabuk..untung la badan..semoga sehat2 ye

    ReplyDelete
  2. i bantai je semua makanan....mmg kuat giler la i mkn sejak pregnant ni...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. peringkat awal2 ni i x berani nk makan sebarangan. takut jadi pape. tggu jadi senior mcm u la nnt. hehhe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang