Berumahtangga

Daisypath Anniversary tickers

TQ!

Our Heroin

Lilypie First Birthday tickers

nuffnang

18.1.12

Diari Kehamilan by Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Sangat teruja lihat gambar diatas  >.<
assalam ols,
Dis week scheduled sgt2 free . Heee
Sebab kelas tak start lagi.
Pepagi td dpt soklan cepu mas dr mak "Ko tak mabuk pun ye?"
Me ? " Alhamdulillah la, mgkin sebab awal lagi"
Then My Mom cakap " Mesti ikut mak , 2 3 bulan baru rasa, tapi tak mabuk, cuma kalo makan banyak2 kaluar balik"
Me ? Just jawab dalam hati, Harap2 cenggitu la......papepun, berserah kepada NYA

OK!!. Opening ade ke kena mngena ngan gambo diatas? 
Heeeee. Saya suke gambo tu. Tu yang letak awal2. 
Korang sume mesti ade facebook kan??
Korang LIKE tak page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung ?
Mesti dah kan. 
Banyak gak knowledge yang bole dapat. Selain sharing experience
Dan tak kurang hebat yg promote barang-barang baby
So boleh la compare harga.

Artikel yang best dan bila baca diari kehamilan ni, rasa dekat je ngn baby
Walaupun perut masih kempis. Heeeeeee
Jom baca !!
Tulisan merah ---> By Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Tulisan Biru ---> Based on my experience as at 18 January 2012 >.<

Dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaupun kehadiran bayi belum dikesan.
"Ok baru tahu. hewhewhew"

28-hari kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di antara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid.


Minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan dalam payu dara.-Ya, saya merasainya!!

Minggu ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif.Ok Agreed!! menjawab soalan mak sy pagi2 td.

Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan rasa loya.. Kalo ikut kiraan last period, i shud be 6 weeks pregnant, but still not confident coz my period is irregular. so, tggu baby beso ckit utk dapat kan usia kandungan yang betol!! Cant wait for coming appointment!

Minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat juga discaj cair dari dinding faraj.-Ok. still belum lagi smpai la ke bawah.....

Minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. Justeru peranakan menekan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap.

Kecenderungan keguguran juga terdapat di minggu ke 10. Pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. Ibu rasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan. Pada minggu ke 11, ibu akan bertambah berat badan antara 1 - 2 kg. Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga.

Pada minggu ke 12, rasa loya dan pening-pening mula mengendur bagi sesetengah wanita. Risiko keguguran juga kian berkurang.

Kemudian ibu akan ke trimester kedua. Pada minggu ke 13-16, ibu akan mulai menambah berat badan bila mana rasa loya dan mabuk semakin hilang.

Minggu ke 17 - 20, si ibu mungkin sudah bertambah berat sehingga 5 kg. Ini boleh dikesan dari selera makan si ibu. Jantung ibu juga perlu bekerja 40-50 peratus lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan.

Pada waktu ini, semua orang yang melihat akan mengesahkan bahawa anda mengandung. Uterus terus-menerus membesar.

Bagi sesetangah ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25. Ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan atau doktor di mana si ibu melawat.

Sebaik saja ibu masuk ke trimester ketiga, tanda regang kelihatan jelas kerana uterus mengembang. Rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke 30 ke atas. Ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari kedua payu dara.

Semasa minggu ke 35, ibu sudah rasa sukar untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Dan pada minggu ke 37, ibu mungkin sudah menambah berat badan kepada 11 atau 12 kg. Pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi.

Sesetengah wanita mungkin melahirkan anak awal dari yang dijangka, iaitu pada minggu ke 38. Rahim ibu biasanya akan kekal sama pada dua minggu terakhir. Krem betis dan sakit belakang, kalau dialami, akan berterusan. Bila tiba pada minggu ke 40, ibu semakin bersedia untuk melahirkan bayi.


Ya Allah, Sungguh indah ciptaan MU ....
Ya Allah, Sesungguhnya ENGKAU maha bijaksana dalam mengatur perjalanan hamba MU
Ya Allah, Sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba MU

4 comments:

  1. i kt minggu 36. sedang mengalami masalah sukar tidur. true2! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow bestnye...tp msti tgh dub dab dub dab kannnnn...insyaALLAH selamat.

      Delete
  2. Set Confine Mum PREMIUM Leesa Formula terus dari Kilang = RM 280 (Harga asal : RM 350). - "Set lengkap ibu bersalin.."

    P/s: Sediakan alamat sahaja, penghantaran adalah PERCUMA.

    * Terhad selagi stok masih ada.

    Sila Call/SMS/Whatsapp : 010-402 2486
    E-mail - iera.dauz@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang