Dianugerahkan zuriat adalah satu peristiwa yang tidak dapat
aku lupakan sampai bila-bila. Anugerah yang terindah dari ilahi membuatkan aku
dan suami bersyukur tidak terkata. Lantas solat syukur dilaksanakan. Berita
gembira yang aku nantikan setiap bulan. Mana tidaknya, setiap bulan wajib ke
farmasi bagi mengetahui berita gembira. Rasa ini biasa buat pasangan yang dah
berkahwin dan aku tidak terkecuali. Bagaimanapun, aku tidak terlalu berharap,
apa yang pasti doa dan usaha diiringi. Mungkin faktor berjauhan dengan suami
sebgai penyebab. Pertanyaan dari saudara mara dan kawan2 kami tidak pernah
anggap ianya negatif, anggap sja itu soalan wajib yang perlu jawapan dan soalan
mereka adalah doa. Dan soalan2 ini
adalah satu fasa yang harus dilalui oleh setiap pasangan.so, don’t get too stressful
bila bhadapan dgn situasi ini.
13 januari 2012 – selepas 6 bulan berkahwin. Penantian kami dijawab dengan berita gembira.
Tiada kata yang dapat ku gambarkan dgn hasil keputusan UPT positif. Alhamdulillah dan Subhanaallah yang layak
meniti dibibir kami.
Selama 37minggu 6hari membawa kandungan, mengajar pelbagai
pengalaman yang tidak dapat diajar oleh guru2 dan buku2. Kuasa ALLAH s,w,t yang
maha kaya. Pengalaman ini membuatkan aku lebih menghargai jasa seorang ibu.
Jasa yang tidak mungkin boleh dibayar dengan wang ringgit. Jasa yang dibawa
sampai ke akhirat. Disaat ini juga aku mengakui dan mendalami bahawa syurga itu
terletak ditelapak kaki ibu. Inilah pengajaran dan pengalaman yang tidak
ternilai yang ALLAH berikan. Dan ape yang jelas dapat kusimpulkan, walau jahat
sekalipun ibu kepada kita, kenanglah jasa seorang ibu yang membawa kita dalam
rahimnya. Terima kasih ALLAH kerana
memberi pengalaman mabuk,sakit badan,mual, muntah dan sebagainya kepadaku.
Setiap perubahan trimester, aku sangat excited menunggu
kelahirannya. Setiap malam berbicara dengan sikecil dalam perut. Mungkin sbb
itu, apabila bayi dilahirkan suara pertama yang dikenalinya ialah suara ibunya.
Genap 36 minggu, debaran makin terasa. Selalu tertanya-tanya
bagaimanakah sakit istimewa itu ???
10 September 2012 on Monday at 37weeks 6days preggy :
Perkara yang tidak dijangka berlaku.
Seperti biasa bersiap utk bekerja. Usai solat subuh, seperti ade air
jernih keluar. Hati berdegup kencang dan menidakkan kenyataan itu adalah air
ketuban. Semakin lama semakin deras……
Syukur ketika itu abang dan emak ada di rumah. 8pagi, doc
interview, CTG scanning dan melakukan VE (seluk ) utk memastikan air tersebut
adalah air ketuban. 100 % ianya air ketuban. Terus doc seluk utk cek bukaan dan
keputusannya 4cm. Aku yang dengar 4cm dr suara doc terus menjerit “4cm
already?” Doc jawab “yes, we proceed to labor room”. Allah hu akbar !! Saat ini
teringatkan suami yang jauh dan mak yang menunggu di luar. nurse terus bagi
arahan salin kain dan duduk di wheel chair dan aku langsung tak merasa ape2
kontraksi. Dalam hati tertanya2 “petang ni dah bole jumpe baby ?”.
Selepas dihantar ke Labor Room, doc cucuk 2 belah tangan
bagi masukkan air dan ubat kontraksi. nurse bagi arahan “selepas sy bagi ubat,
awak akan rasa sakit” aku jawab dgn slumber “ok”.
Jeng jeng jengggggg !!Maka bermula la episode “sakit
istimewa” itu……… MasyaALLAH…….. sakit yang tidak dapat dibayangkan dialam fana
ini. Bukan niat utk menakutkan. Tp inilah realitinya supaya bersedia…Sekali
lagi buat aku menyedari bahawa jasa ibu tiada tandingannya. Dan sakit itu reda
sedikit apabila wajah suami dimuka pintu dan turut bersama memberi sokongan
melihat wajah sakit isteri kesayangannye ini. (Thnkz ye dgn gambar2 menahan
sakit itu !)
Selepas doc masukkan ubat kontraksi, CTG baby semakin tidak
cantik…Cek bukaan masih 4cm…hal ini berlaku sehinggalah jam 6 petang. So
dapat bayangkan tak aku menahan sakit
bape lama ? Jam 6 petang, doc n nurse berkumpul dan putuskan “Caesar” …….. aku
redha……..Kes aku ni diklasifikasikan kes kecemasan disebabkan Fetal Distressed.
Dengan pantas mereka bekerja, mereka menukar pakaian ku, aku
sperti tidak sedar apa2 kerana melayan
sakit istimewa itu…tidak tahu dimana kedudukan suami…yang aku tahu, aku
mahu dibedah…Dan aku dapat lihat wajah suami di muka pintu OT dan suami tidak
dibenarkan masuk. Sedihhh. Disaat itu, aku rasa sperti mahu bjuang demi bayi dalam
kandungan ini.
Di OT, ku lihat mereka bekerja dengan pantas dan bius
separuh sedar diberi di tulang belakang..sakit =( .. aku lgsung tidak merasa
apa2 dr dada ke bawah….
Tiba-tiba aku terdengar Doktor Aminah berkata “Assalammualaikum
baby”…..ketika itu, terus air mata mengalir “oh, doctor da potong perut aku” …..terasa
gegaran pd perut mungkin ketika itu doc sedang berusaha mengeluarkan baby….dalam
berapa saat aku terdengar tangisan insan yg aku tunggu2 selama ini, insan
istimewa yg ALLAH pinjamkan kepada aku dan suami…air mata mengalir lagi….Alhamdulillah….Terima
kasih ALLAH…Imaan Adelia binti Eddie Anuar @ 2.6kg @ 6.08pm
Tangisan Imaan Adelia sangat nyaring…dan hingga kini jika
aku terdengar tangisan dia, pasti tbayang2 lampu2 di OT. Mcm dejavu gtuuu.
Nurse disebelah terus berkata kepada ku “Afizah, Baby awak da keluar, kite
bersihkan dahulu ye”. Lantas dia bawa Imaan Adelia kpd ku…matanye terbeliak
memandangku dan tidak menangis. Sekali lagi air mata ku mengalir tanda
bersyukur….
Apa yang membuatku terkilan, aku tidak dapat terus
menyusukan Imaan Adelia, mereka terus bawa Adelia ke wad kanak2 dan aku
dimasukkan ke ICU, disebabkan jangkitan kuman…..dugaan buat kami. Aku disyaki
terkena jangkitan kuman kerana air ketuban telah pecah awal dan lama. Tapi Alhamdulillah,
Imaan Adelia n aku selamat dan tidak mengalami apa2 kesan dr jangkitan
tersebut. Aku telah dipindahkan ke wad bersalin dan Hari kedua, Imaan Adelia
sudah bersama ku.
Selama 4 hari 3 malam aku berkampung di HSA. Terima kasih
kepada suami dan ibu yang berulang alik. Terima kasih kepada semua yang
mendoakan kebaikan kami.