28.8.11
BLOGWALKING ~ my hobby!
hobi sy blogwalking, tapi x bape rajin nk mengomen .. huh!!
bukan ape, sy suke bca post2 yg beri kebaikan kpd sy
utk tau crita org
utk blaja sesuatu
utk isi masa yg terluang
utk amik tipss
dan paling pntg utk mensyukuri ape yg sy ade skrg
sy ucapkan terima kasih kpd blogger2 yg rajin post n3
anda sebnrnye dpt pahala
sbb disamping mmg hobi anda mnaip
anda telah beri "sesuatu" kepada org lain
kdg2 anda x perasan yg anda sdg buat kebaikan
so,sng2 dpt sesuatu utk dibawa ke akhirat
iaitu? amal jariah laaaa...
ENDS
27.8.11
wahai suami,renung2kanlah dan selamat beramal...
ari nih nk sharing sumting to those who get married, sbg guidance to SUAMI2 dan suami sy jugak.
source : HERE
Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.
Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.
Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.
01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.
Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..
11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..
13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.
Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.
Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.
Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
25.8.11
cerita raya lagi!!!
23.8.11
resigned as baju raya hunters !
22.8.11
raya pertama sebagai isteri
19.8.11
ALLAH HU AKBAR
17.8.11
ilmu baru! yezzer!!!!
15.8.11
clinic for check up! - sharing is caring
1.8.11
today is her birthday!!!
me again darl!
ok,bukan citer pasal ramdhan
but dis n3 special dedicated to my beloved best fren
her name is AISHAH ARIFFIN
sy panggil dia puan
will celebrate her 53yrs birthday
pcaye x?? jiwa muda of coz la x makan umur!
actually dia adalah ex-pengarah wilayah
then transfer back to HQ
sgt2 sedey okei!
tp cmner pun life must go on.
ok.dis is not repeat n3 bout she's leaving me!
dia diantara kawan yg sy sayang kat dunia ni
she is so special to me
WHY??
dia sgt baek,dia suke gembirakan sy
dia tempt sy luahkan perasaan
dia seorg penasihat yg baek
taste dia sma sgt ngn sy
kepala dia sma sgt ngn sy
sy x leh tipu dia
byk dia tau pasl sy (i think so!)
ape dia soal, sy kna jwb.no skip!
suke gosip dgn dia
overall, dia bestttt
MASA MEMULA KENAL DIA???
ermmm, sgt menggerunkan ok.
october 2009 sy stat keje di MKM Wilayah Selatan
dat time ade 4 staf
sy, k,maya,k.nani n mar
masa oktober nih (lupe tarikh) dia trun jb ngn Pn Hamidah (MKMHQ staf)
dat time dia turun jb sbb ade sesi temuramah kott kat Radio Malaysia Johor tang MKM
then kite org yg buat prtama kalinya nk jumpe BOS
of coz la tatot rite!
mcm2 perasaan weehhhh.lagi2 sy yg baru 1st time koje!
then kite org nih siap search kat web mkm cari gmbo AISHAH ARIFFIN
mak aiii, kite org nih mcm rasa cuak sbb dr air muka dia mcm menakutkan jekk
hahaha. bukan ape, mcm2 tafsiran. hahaha.
then tibalah dia smpai di opis.....jeng jeng jenggggg
kite org nih kemas opis bagai n senyum jekkk.hahha. palsu belaka woii.
then dia dtg muka masam . =(
pehhhhhhhh....terus masuk bilik dia
seigt sy mcm tegur x tegur jek kite org.
pastu dia dok bilik x keluar2
yg keluar Pn Hamidah
Pn Hamidah said "u ol jgn la takut sgt, Pn aishah ok la,x yh risau"
kite org nih ape lagi la, bersoal siasat ngn Pn Hamidah tnye psl Puan nihh.
maka K.maya tlh membuktikan bhwa tafsiran dia mngenai puan sgt betol
"sikap mak2 n mesti suka pot pet pot pet n lady bos"
hahhaa, k.maya u r totally wrong
then da kol bape nth
puan n puan hamidah pun balik KL
sbb puan kna report duty on January kottt
maka kite org nih bsiap sedia mnghadapi bos perempuan
"mcm cliche kan bos pempuan mesti lain mcm ckit"
unfortunately k.maya bhenti awal sbb2 teknikal. haha
so k.maya tlepas dr mnghadapi puan.
hehehe
.
.
.
actually tafsiran kami salah belaka
its opposite!
alhamdulillah dikurniakan seorg bos yg memahami dan bukan PENGARAH
even jwtn dia pengarah . *gulpp
sbb ape ye?? sbb kami di wilayah nih sgt2 la kecik.
staf ade 4-5 org jek
dia sma2 bganding bahu *ayat x bley blah derrr*
dia pnah g ngn sy p post office pos surat
p small meeting sma2
p tgk kami jga booth
bagi sokongan moral tatkala kami down!
n byk lagi laaaa
so pemergian dia mmg sgt2 menyedihkan kami sume
sy rasa sy paling sedey kottt
tapi nk buat cmner....
but we stil keep in touch tauu
YM..FB..n MYKM
.
.
.
ustat sy kata kalo kite syg kan org tuh kite doakan dia
YE, sy slalukan doa kan dia
and birthday dia sy juz ucapkan
ALLAH selamatkan dia.
1 ramadhan 1432H
ramadhan 1432H merupakan ramadhan yg penuh makna buat sy krn bgelar isteri kpd eddie anuar, alhamdulillah so far kenikmatan yg ALLAH berikan amat2 mengembirakan sy. dan sy harap ALLAH kekalkan kenikmatan ini. kdg2 melihat keadaan sekeliling yg tidak rasakan knikmatan berumahtangga membuatkan sy rasa bsyukur krn ALLAH beri sy jodoh yg baik. insyaALLAH. sy slalu bdoa utk ini. dan sy akan terus berdoa n berusaha, doa itu snjata org islam.
1st ramadhan sy sambut dgn suami tercinta dan bersahur di rumah mak n insyaALLAH berbuka nnt di rumah sndiri dgn kehadiran mertua. awal2 pagi td gerak dr JB around 5am. sayu sgt tinggalkan mak n k.tin. ok stop. x moh citer byk2 bab nih nnt sy nanges!
now tgh bersoal2 ngn mak mertua nk buat buka ape. my asben da poie koje. tggl den ngn ibu mertua ku. another part sy bsyukur krn dkurniakan mertua yg baik2. alhamdulillah. rasa2 cam nk masak lontong. cam sedap jekkk..huh! sy nk diet laaaaa. incik asben pun katanye nk diet, nk makan bubur sja katanye. iyelah sayanggggg...... (kenyet mata sebelah)
utk puasa nih sy extend cuti til Tuesday. n alhamdulillah cuti raya was approved! yiiihaaa! ya beda bedu! tapikan before dis timbul isu cuti raya incik asben kna freeze. huh! before dat da plan, this raya time is my turn. n dia kata raya sy kna ikut dia. so smlm sy habaq kat mak sy depan2 dia. hahaha. menggelabah beb! dia mmg suke buat2 cmtuh. harap2 pasal cuti raya nih dia x main2 la. sy da amik cuti panjang ok!
ok.stop. sy kering idea. daaaaaaa