Berumahtangga

Daisypath Anniversary tickers

TQ!

Our Heroin

Lilypie First Birthday tickers

nuffnang

13.9.12

Assalammualaikum semua ....

@ 37weeks 6days
2.6 Kg
Gegirl >.<
By Caesar
Hospital Sultanah Aminah




5.9.12

Short update : 18 days to go

Assalam Uolls
Sempena mood counting the days ni sja nak hapdate perubahan diri
I mean, perkara2 yang dialami dlm perjalanan nak ke tarikh 23rd September 2012
*gtoo kan ayatnye*

Bermulanya semalam...
Pertama kali attacked by Braxton Hicks !!
Malam semalam toman mak ke klinik amik ubat
Then singgah Bank
Sepanjang perjalanan, pelvic area rasa tak selesa sangat2
Senak nye mak oiiiiiiiii !!!!
Tapi sakit boleh tahan lagi
*Mcm ni ke rasa senggugut ?*
Bila tekan ari2, keras jekkk >.<
Plus, baby mengeras non stop
Situasi ini berlaku more than 20minutes
But malas nak layan rasa tak selesa nih
Perjalanan diteruskan...
Sampai umah keadaan kembali kpd asal
Time layan Bukan Bidadari, terjadi lagi...
Last2 malas nak layan sakit, terus masuk tidozzzzzzz

Otherwise, kaki ku sudah bengkak
Biasanya bengkak mesti bersebab
Tapi kali nih, dok opis goyang kaki pun, kaki membongkak !
Adakah ini tanda ?
As my mom said " Bengkak surut mesti terus bersalin "
Macam senang je ekkk ??

Baby sayang........plisssshhh keluar selepas ibu selesai keje ea sayang...sabtu ni je...plishhhh, Ibu selalu berdoa pd ALLAH....

3.9.12

Dear Anakku...

Assalammualaikum anak ibu,,,,
Lama tak type warkah utk kamu
Hari ni kamu pagi2 da joget2 dlm perut...
Kadang2 dapat rasa bahagian siku, lutut kamu.
Tapi ibu x sure la plak siku ke lutut. hehehe.
Kamu da nak keluar ke ??
Janganlah dulu sayang...
Ibu ade task on 8th September kat Segamat
Kalau kamu keluar, tak tahu nak bayangkan camner ngn keje ibu tu
Nak harapkan orang lain ? Malas nak panjang2 citer T_T
Siang malam ibu berdoa kamu keluar selepas urusan kerja ibu selesai
Ibu tahu, Allah dengar doa ibu. Allah kan maha mendengar.
Ibu juga berdoa agar ibu rasa sakit bila ayah ada kat sisi ibu
Ibu perlukan Ayah,,,
Tapi, sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat ibu n kamu

Anak ibu oh Anak ibu...
Auntie2 n Uncle2 sebelah ayah n ibu sume x sabar nak tunggu kamu lahir
Sebelah ibu, takde lg newborn baby so kamu la yg paling ditunggu2
sebelah ayah, kamu cucu pertama so mmg excited la memasing
Ibu and ayah lagilaaaaaaaahhhh excited. hehehe
Tapi kamu jangan keluar dulu tau before 8th September ...Plishhhh
Ape kata kamu keluar 19th September ?? Same birth date wif ayah, bole laaaaaa

Anak ibu sekarang mesti da besar kan
Ibu tak tau pun berat kamu berapa skrg
Doc lama dah tak scan
Harap2 urusan kita dipermudahkan sayang
Now, takdelagi rasa tanda2 sakit tu
Cuma tiap malam ibu mesti berfeluh2 panas even kipas depan bijik mata
Tido pun makin tak selesa, selalu ngiring kiri kanan
Pastu pepagi da rasa muallll yang amat !
Kaki mmg bengkak je T_T
Ari2 pun da start ngilu tapi tak kerap pun
Then pinggang belakang pun rasa sakit tapi tak kerap jugak
Tiap malam ibu ternanti2 "rasa istimewa" itu....

Menyambut kelahiran mengikut syariat

Assalam to ols
me @ 37 weeks !!! 20days to go !!
Ok, nak sharing sumting sbg panduan utk ibu2 yang tiada pengalaman mcm sy ni kan

Nak sambut kelahiran baru, mestilah bersedia fizikal n mental
Sy nih tak de la kategori bersedia sangat2, emosi tak berapa nak stabil
Kadang2 rasa excited, kadang2 rasa takut, Its normal for all mommy to be outhere

Macamanapun kedaannye, persediaan harus dibuat
Islam adalah agama yang lengkap
Dari sejak kelahiran dah gariskan bagaimana nak mendidik mengikut ajarannya
Kadang2 confius ape yg org2 tua ckp n ape yg sepatutnya
So, here is the lists yg sy dpt dr Buku hadiah dr peserta kursus sy

Buku ni sangat bagus. Fardhu ain yg lengkap dr kelahiran hinggalah kite dikafankan.
Azan & Iqamat
~ Azan dilaungkan ditelinga kanan dan Iqamat ditelinga kiri bayi
~ Rahsia azan & iqamat :
i) Kalimah2 memuji kebesaran ilahi yang disifatkan sbg ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
ii) Satu penyataan syariat islam  yang berpernanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.

Tahnik
~ Membuka atau memcah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertakwa
~ Isi buah tamar yang telah dikunyah diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. Dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.
~ Hikmah bertahnik :
i) Kuatkan saraf mulut bagi mempersiapkan bayi berkenaan untuk menghisap susu dengan sempurnanya
ii) Jika kurma tiada, bolehlah gunakan gula atau madu lebah.

Memberikan nama yang baik
~ Pilih nama yang elok dan mempunyai makna yang baik, kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sifat peribadi dan akhlak seseorang

Akikah
~ Akikah = memutus
~ Akikah dr segi syarak = Menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri2 dan kibas buat anak yg baru lahir, khususnya pada hari ke tujuh kelahirannya atau selewat2nya sebelum anak itu akil baligh.
~ Anak lelaki = 2 ekor kambing atau seekor juga memadai (kibas, biri2 dan sebagainya)
~ Anak perempuan = 1 ekor kambing sahaja
~ Hukum daging akikah : Sunat dibuat jamuan untuk juadah ahli keluarga, jiran dan saudara mara
"Sembelihkan binatang itu atas nama anak yang dilahirkan dan ucapkanlah : Dengan nama ALLAH, Ya ALLAH, bagi-Mu dan kepada-Mu kupersembahkan akikah si Fulan atau si Fulanah ini.'' - Hadis riwayat Al-Baihaqi

Bercukur rambut
~ Ia dilaksanakan sempena majlis akikah
~ Amalan ini akan meningkatkan tahap kesihatan anak, buka selaput kepala dan mempertajamkan daya penglihatan, pendengaran dan hidu.

Berkhitan
~ Maksud = memotong kulit yang menutupi zakar (lelaki) dan memotong sedikit hujung clitoris (perempuan)
~ Hukum = Sunat


Semoga anak-anak yang bakal kita lahirkan adalah permulaan atau penyambung keturunan kita yang terbaik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang