Berumahtangga

Daisypath Anniversary tickers

TQ!

Our Heroin

Lilypie First Birthday tickers

nuffnang

20.1.12

Daftar Buku Merah

Assalam ols
Salam Jumaat kepada semua

Ari nih loya2 telah bermula
Xspecially time gosok gigi
But now, pas makan rasa mcm pening2 lebah
Apepun, Saya Mesti Kuat!!!
Tak mau lembik2

Lately tengah usha cmner nk stat buat Buku Merah
Buku Merah ni utk check up pregnancy kat KK (Klinik kesihatan kerajaan) je kan???
Saya semestinya kena ke KK almaklumlah, pekerja rakyat haruslah kesana
Some my Frens check up private and mostly derang ckp check up x complete
Ok. No Komen.

My mom ckp da bole stat buat 
My officemate pun ckp bnda yang sama
Then nak puaskan ati, sy nak direct tnye kat KK

Sedang menggoogle no tepon KK Jalan Abdul Samad Johor Bahru
Terjumpa 1 blog nih
Amat membantu. Coz blogger ni seorang doktor.
Of coz what she say is correct rite
According to her n3,
once kite tahu pregnant je da bole terus buat buku Merah
Otherwise u ols bole klik sini 

Actually,
Prosedur untuk check kehamilan utk pertama kali ni x sama utk setiap KK (maybe)
Ada KK yang check up ari2 tertentu dan ade KK yg kena buat appointment
So sy buat keputusan utk direct call to KK yang sy nk p tu
Kang x pasal2 da pegi pastu kena marah atau pun kena balik
Coz sy ade mslh gak yang mna alamat IC sy KK yang terdekat bukan kwsn yg dekat dgn tmpt keje.

So mna2 yang nk check up utk KK Jalan Abdul Samad Johor Bahru, here is the details
  • Tak perlu buat appointment
  • Pregnancy Check up Isnin sampai Khamis
  • Daftar bile once u r confirmed positive UPT
  • Important!! --> bawak IC dan Sijil Nikah
  • Digalakkan dtg pagi sbb 1st time check up agak lama
  • Sesape yang bekerja area Bando, u dont hev to worry coz leh check up kat KK sini (Applicable to JB-ian)

18.1.12

Diari Kehamilan by Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Sangat teruja lihat gambar diatas  >.<
assalam ols,
Dis week scheduled sgt2 free . Heee
Sebab kelas tak start lagi.
Pepagi td dpt soklan cepu mas dr mak "Ko tak mabuk pun ye?"
Me ? " Alhamdulillah la, mgkin sebab awal lagi"
Then My Mom cakap " Mesti ikut mak , 2 3 bulan baru rasa, tapi tak mabuk, cuma kalo makan banyak2 kaluar balik"
Me ? Just jawab dalam hati, Harap2 cenggitu la......papepun, berserah kepada NYA

OK!!. Opening ade ke kena mngena ngan gambo diatas? 
Heeeee. Saya suke gambo tu. Tu yang letak awal2. 
Korang sume mesti ade facebook kan??
Korang LIKE tak page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung ?
Mesti dah kan. 
Banyak gak knowledge yang bole dapat. Selain sharing experience
Dan tak kurang hebat yg promote barang-barang baby
So boleh la compare harga.

Artikel yang best dan bila baca diari kehamilan ni, rasa dekat je ngn baby
Walaupun perut masih kempis. Heeeeeee
Jom baca !!
Tulisan merah ---> By Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
Tulisan Biru ---> Based on my experience as at 18 January 2012 >.<

Dua minggu pertama dikira sebahagian daripada 40 minggu diari kehamilan walaupun kehadiran bayi belum dikesan.
"Ok baru tahu. hewhewhew"

28-hari kitaran haid, waktu yang paling baik bagi konsepsi ialah di antara 12-16 hari bermula dari hari pertama kitaran haid.


Minggu ke-4 kehamilan, anda mungkin mengalami rasa berat dan kebengkakan dalam payu dara.-Ya, saya merasainya!!

Minggu ke-5, saat yang sesuai untuk mendapatkan ujian kehamilan. Mungkin anda masih belum terasa loya atau mabuk walaupun ujian kehamilan positif.Ok Agreed!! menjawab soalan mak sy pagi2 td.

Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalam tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan rasa loya.. Kalo ikut kiraan last period, i shud be 6 weeks pregnant, but still not confident coz my period is irregular. so, tggu baby beso ckit utk dapat kan usia kandungan yang betol!! Cant wait for coming appointment!

Minggu ke-8 kehamilan, ibu akan mengalami keletihan justeru tubuhnya terpaksa bekerja keras menghadapi tumbesaran bayi. Terdapat juga discaj cair dari dinding faraj.-Ok. still belum lagi smpai la ke bawah.....

Minggu ke-9, garisan pada perut mula kelihatan. Justeru peranakan menekan uterus, ibu mengalami kencing yang kerap.

Kecenderungan keguguran juga terdapat di minggu ke 10. Pertambahan tingkat progesteron mungkin menyebabkan gusi berdarah. Ibu rasa letih dan pandangan juga mungkin mendapat kesan. Pada minggu ke 11, ibu akan bertambah berat badan antara 1 - 2 kg. Perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan mood juga.

Pada minggu ke 12, rasa loya dan pening-pening mula mengendur bagi sesetengah wanita. Risiko keguguran juga kian berkurang.

Kemudian ibu akan ke trimester kedua. Pada minggu ke 13-16, ibu akan mulai menambah berat badan bila mana rasa loya dan mabuk semakin hilang.

Minggu ke 17 - 20, si ibu mungkin sudah bertambah berat sehingga 5 kg. Ini boleh dikesan dari selera makan si ibu. Jantung ibu juga perlu bekerja 40-50 peratus lebih kuat untuk menghadapi situasi kehamilan.

Pada waktu ini, semua orang yang melihat akan mengesahkan bahawa anda mengandung. Uterus terus-menerus membesar.

Bagi sesetangah ibu, ada yang mengalami hemoroid pada minggu ke 25. Ujian glukos juga akan dilakukan oleh klinik kesihatan atau doktor di mana si ibu melawat.

Sebaik saja ibu masuk ke trimester ketiga, tanda regang kelihatan jelas kerana uterus mengembang. Rasa tidak selesa pada pelvis juga dirasai pada minggu ke 30 ke atas. Ibu juga boleh mengesan kolostrum keluar dari kedua payu dara.

Semasa minggu ke 35, ibu sudah rasa sukar untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Dan pada minggu ke 37, ibu mungkin sudah menambah berat badan kepada 11 atau 12 kg. Pemeriksaan pelvis akan dilakukan bagi memastikan progres dan kedudukan bayi.

Sesetengah wanita mungkin melahirkan anak awal dari yang dijangka, iaitu pada minggu ke 38. Rahim ibu biasanya akan kekal sama pada dua minggu terakhir. Krem betis dan sakit belakang, kalau dialami, akan berterusan. Bila tiba pada minggu ke 40, ibu semakin bersedia untuk melahirkan bayi.


Ya Allah, Sungguh indah ciptaan MU ....
Ya Allah, Sesungguhnya ENGKAU maha bijaksana dalam mengatur perjalanan hamba MU
Ya Allah, Sesungguhnya ENGKAU maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba MU

Pregnant = Eat More ??

Assalam ols,
Untill now, alhamdulillah tidak lagi diuji dengan morning sickness or ngidam bagai
Ye la kot, masih awal lagi.
Cuma! Ape yang sy perasan 2 3 menjak nih....
Now, craving mi goreng basah2 gitu. Tapi tak de lah kategori nak sangat.
Bila ternampak. Mengeliur je. Tapi tempat2 tertentu je sy nak. so bukan ngidam kan? 
Ermmmmm....

Oh!
Awal pregnancy nih memang la peringkat yang berjaga-jaga
Kadang-kadang nak jalan pun feeling2 perut beso. heeeeeee
And kalo nak makan pun, Kena pikir "bole ke makan ni?"
Overall, nafsu makan memang menjadi-jadi
Selera naik je.
Maka, saya pun meng'Google Facts bout What shud eat for early pregnancy

Hasil pencarian kat LINK ini,


Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.

  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)

  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.

  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.


Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.


Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.


Actually, banyak lagi tips2 yang kawan-kawan leh dapat dalam artikel yang saya copy paste nih. Lain tu, kena baca sendiri la ye. 


OK. See Then.

17.1.12

Kisah Pregnant

Assalam ols,
Mood untuk blog sudah kembali!!
Yelah sebab ade bnde yang nak disharekan
Kalau benda yang tak interesting, malas la plak kan nk naip2
Ok saja nak sharing experience tang tanda-tanda pregnant yg saya alami selain dari late period!

Minggu sepatutnye saya period ....
Demam . Tapi tak sakit kepala.
Dan masa demam tu outstation for 3days
Alhamdulillah tak de pape
Badan panas je. Tekak sakit. Hidung sumbat.
The worse part, suara sengau!
Juz imagine sy sampaikan taklimat dalam suara yang sengau!
And bercakap 3 jam tanpa henti.
Ni la nasib penceramah tak bebas.
Is ok. Nasib baik kena puji. heeeeeeeeeeeee

Minggu sebelum demam tu,
Ada something keluar.
Mati2 ingatkan period.
Tapi bukan cecair merah
Tapi cekelat. Its called Bleeding implantation. 
Saya tak moh la berharap. tapi hati kecil tetap berharap. ekekekeke

At the same time,
Breast pain. Tapi tak expect pregnant
Sebab kalo period pun memang akan alami
Cuma sakit ni lain mcm sikit

Lastly,
Saya cepat rasa lapar
Tapi bila makan, sikit je
Tapi adakalanya sampai mengeliur
Ntah hape-hape.
Ingatkan tanda2 nak gomuk.
ghupenye......makan untuk dua. hehehe

Ok.tu ja nk share.
Till then.

16.1.12

Ya ALLAH....
Berilah kekuatan kepada kandunganku
Agar kandunganku terus berkembang dengan sihat sempurna
Berilah kekuatan kepada kandunganku
Agar kandunganku membesar dengan lindungan MU
Berilah kekuatan kepada kandunganku
Agar dia sihat sempurna berada dalam rahimku
Ya ALLAH....
Sesungguhnya KAU maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku dan kandunganku.....





alamhamil.com


Assalam ols..
Terjumpe 1 portal mengenai pregnancy
Sangat berguna kepada saya dan kawan-kawan yang lain
Jom klik!!

Credit to Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah

15.1.12

Alhamdulillah . Its Positive .

Assalam Peeps
The title say it all
After 7months ++ the result is Positive
Thank You Allah
Thank You Parents n PIL
Thank You Frens
Thank You All's
Thank You for keep praying for us.

Alkisahnyaaaaaaaaa..........

13 January 2012 : Friday
Dis week quite tired coz outstation from 10 to 12 January,but juz around Johor
According to calendar, supposely period shud be last week or dis week
FYI, period saya tak regular ...29-36 (Jauh kan gap nyer!)
But dalam hati x mau pikir sgt
tapi pikir jugak. hahaha
Sebabnya setiap bulan akan gelabah nk beli UPT
Dis time mcm 50-50 nak beli .
Balik dari outstation, ari jemaat as usual time rehat pegi berambu
And instinct utk beli UPT sgt kuat ok! (Dari dulu sama jek)
Then g Angsana bsama officemates
Masuk Watson. grab 2 UPT, coz ade promo.
2 UPT for 8.80 .
Balik2 office as usual, tak menyabo nk mengetest! hahaha
Test2 ......  its POSITIVE!
Huh?????? Dalam toilet menggelabah sensorang. hahaha
Tak moh bagi tau sape2. ekekekeke.
Terus SMS Hubby
" B, Syg Pregnant!!"
-Kalaulah Hub ade depan mata mmg da berpeluk sakan. ngeeeeee
"Eh, mana tau?"
-Then Hubby call, maka statlah dialog2 teettttttt.... heeheh

Tapi Hubby mcm x puas ati coz x test sama2 ngn dia, seb baik i beli 2 UPT. heheheh
And as usual setiap Jumaat mmg i balik Muar
Dis time kepulangan i memanglah dinanti2kan oleh Hubby. hahaha
Caring lain macam. hahaha. Sorry B. XD
Tapi pepagi esoknya barulah buat test ke 2. Its POSITIVE .
He's juz smiling to me ,,,,,

1st test : Line agak kabur coz i test around 3pm and HCG level stil low.

2nd round of test . Tested  pepagi buta. So the double line terang lagi bersuluh!

15 January 2012 : Sunday
Hubby amik cuti .
Kami g clinic utk confirmation
Doctor tak dapat nk kira da bape minggu coz period i x regular
So, Doc bg choice nak scan atau tidak
Tapi i eksaited terlebey sudah coz nk jugak scan n nasib baik hubby kata OK!
Scan punye scan, Doc kata x nampak lg.
Tapi rahim da ade tanda pregnant
Doc advice dtg 3 minggu lagi utk scan
And bila dapat gambar da bole buat buku merah (I cakap Pink)
Then kami terus balik JB as usual.....Hubby happy je.....

My mom reaction , biasa2 je sbb ni bukan cucu pertama ...hehehe.
And I sangat2lah kekok how to inform them ya? hahaha

My MIL reaction , sangat2 hepy coz cucu pertama. hehehe

Ape pun, semua harap yg terbaik....
Berkat nasihat dan doa dari family n kawan2.
And, ingat tak entry i tentang mengurut n acid folic kat SINI ?
Mungkin ini adalah jalan yang ALLAH beri untuk mempermudahkan jalan kami.
Thank You ALLAH.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang